Israel Aerospace Industries

Israel Aerospace Industries (Bahasa Ibrani: התעשייה האווירית לישראל‎, translit. ha-ta'asiya ha-avirit le-yisra'el) atau IAI (תע"א) ialah syarikat aeroangkasa utama Israel, dan berperanan sebagai pengilang aeroangkasa serta penerbangan yang menghasilkan sistem-sistem terkait bagi kedua-dua pihak tentera serta awam. Syarikat ini memiliki 15 ribu orang pekerja setakat 2018, dan merupakan syarikat milik penuh pemerintahan Israel. IAI menghasilkan, membangunkan dan mengilang serta menyelenggara pesawat awam, dron, pesawat tempur, peluru berpandu, avionik dan sistem aeroangkasa. Selain itu, pihak IAI juga terlibat dalam menghasilkan sistem ketenteraan bagi pihak tentera darat dan laut. Kebanyakan sistem IAI direka khusus bagi kegunaan Angkatan Pertahanan Israel semetera sebahagian lagi juga dieksport kepada angkatan ketenteraan lain.

Israel Aerospace Industries

Industri Pertahanan, pengilangan industri
Pendapatan operasi ▲$1.5 bilion USD (2018)
Pendapatan bersih ▲$315 juta USD (2018)
Laman web rasmi www.iai.co.il
Bilangan kakitangan 15,000
Anak syarikat ELTA Systems LTD
Tokoh penting Boaz Levy (ketua pegawai eksekutif)
Ibu pejabat Lod, Israel
Pengasas Al Schwimmer
Shimon Peres
Keluaran Senjata dan kelengkapan ketenteraan
Ditubuhkan 1953; 68 tahun yang lalu (1953)
Hasil ▲$3.7 bilion USD (2018)
Pembahagian Bedek Aviation Group
Commercial Aircraft Group
Military Aircraft Group
Systems, Missiles & Space Group
Didagangkan sebagai TASEARSP.B1
Perkhidmatan Penyelenggaraan pesawat
Penaiktarafan pesawat
Jenis Syarikat milik pemerintah
Pendahulu Bedek Aviation Company